.... Tgh fikir lagi apa yang harus dibicarakan di dunia mayaku ini.
Pesanan orang tua-tua, cakap siang pandang- pandang, cakap malam dengar-dengar..
Pernahkah kita terfikir apa juga yang kita bicarakan mungkin boleh mendatangkan pelbagai kesan bagi orang yang berbeza. Contohnya jika kita kata saya suka makan. Mungkin ada orang yang proses terus maksudnya direct yg tukang cakap memang memaksudkan dia suka makan..bagi org tertentu seperti berbadan besar, mungkin menyangka orang tadi hanya memerlinya..dan macam2 lagi tanggapan bergantung kepada individu dan latar belakang mereka.
Jadi, tidak hairanlah jika tiada sesi perbincangan maka satu pihak maksudkan perkara A manakala akan ada pihak- pihak yg menjangka lain dari A... Mungkin B, C, ...Z. Itu bukan di bawah kawalan kita, namun sesi perbincangan yang menjelaskan keadaan dengan mendengar terlebih dahulu pendapat orang lain perlu diadakan supaya yang salah boleh dibetulkan segera...
No comments:
Post a Comment