Monday, May 19, 2014

Fikir sebelum berbicara

.... Tgh fikir lagi apa yang harus dibicarakan di dunia mayaku ini.
Pesanan orang tua-tua, cakap siang pandang- pandang, cakap malam dengar-dengar..

Pernahkah kita terfikir apa juga yang kita bicarakan mungkin boleh mendatangkan pelbagai kesan bagi orang yang berbeza. Contohnya jika kita kata saya suka makan. Mungkin ada orang yang proses terus maksudnya direct yg tukang cakap memang memaksudkan dia suka makan..bagi org tertentu seperti berbadan besar, mungkin menyangka orang tadi hanya memerlinya..dan macam2 lagi tanggapan bergantung kepada individu dan latar belakang mereka.

Jadi, tidak hairanlah jika tiada sesi perbincangan maka satu pihak maksudkan perkara A manakala akan ada pihak- pihak yg menjangka lain dari A... Mungkin B, C, ...Z. Itu bukan di bawah kawalan kita, namun sesi perbincangan yang menjelaskan keadaan dengan mendengar terlebih dahulu pendapat orang lain perlu diadakan supaya yang salah boleh dibetulkan segera...


Monday, May 12, 2014

Perancangan hari ini...

Orang n9 cakap, dok ontok ontok la. Mano buleh ontok an ajo kan..hehehe. Berada di rumah sempena cuti, makanya kena plan nak masak apo hariini. Walaupun dah tahu isi kandungan peti sejuk, tetap jadi rutin setiap pagi buka dan tenung dulu..makanya tercetus idea, nak habiskan susu pekat tu yg dah nak mula keras...buat kek batik, yeeeehaa. Biskut marri kalo takde nnt masuk ajela biskut jacobs, skali geledah tin2 biskut..ade 3 tin, haaaa taraa, mmg ade cukupla tu, guna koko udahler, takyah milo sgtla...

Cuti-cuti juga, kerja? Hari ini perlu siapkan nama AJK VLE frog untuk digerakkan dalam penggal ke2 nnt. Cerita pasal frog ni mmg akan buek den raso nak muntah. Tp minda selalu pesan, buat kerja kerana Allah, semoga Allah akn permudahkan segalanya...kalo pk ikut raso ati den, lantaklah deh..
Memikirkan den ni GPB yang diberi amanah sbg penggerak utama prog berkaitan ICT sekolah, makonyo edenlah yg kono kotok penukul utk memahat..aduh berbasa basi pulak den ha...sabar dan redha..ingat bahawa apa jua yang dilalukan lilla hi taala...

Permulaan.....

Pagi ini adalah permulaan diri ini berada di dalam dunia maya. Senang berbicara tanpa suara..seorang  isteri kepada suami tersayang dan penyanyang, ummi kepada 2 puteri dan 1 putera. Puteri ke-5 dari 7 puteri ayah bonda.Telah bergelar cikgu, teacher, ustazah, lau ser selama 11 tahun, masih muda di arena pendidikan dan terlalu banyak lg yang perlu dipelajari. Membina blog untuk berkongsi cerita dan ilmu..diharap boleh menjadi bahan rujukan dan mungkin hanya bahan bacaan ringan semua pembaca. Yang baik cedok sebagai teladan yang buruk buatlah sebagai sempadan..mohon maaf andai ada kesilapan berbicara di alam maya ini.