Pertama sekali, setinggi kesyukuran ku panjatkan padaNya kerana masih diberi peluang untuk merasa lagi kenikmatan mengandung dan semoga Allah permudahkan segalanya sehingga anak ini dewasa kelak.
Trimester Pertama anak ke4
Pada ....Ujian pada mulanya hanya dibuat sendiri dengan membeli pregnancy test di farmasi. Nampak seperti ada petanda baik. Namun hati ini tetap ingin kepastian, ku ajak pula suami ke klinik uia, buat urin test di makmal...setelah beberapa minit menunggu, tergiang2 lagi ucapan tahniah dari staf di makmal dan seterusnya apabila hasilnya dibawa berjumpa doktor, sekali lagi ucapan tahniah di terima, untuk kali ketiganya dari rakan suami yg kebetulan ada di klinik tersebut. Dalam hati berbunga2.. Ya Allah syukur padamu memakbulkan doaku. Semoga engkau permudahkan sesegalanya ya Allah.
Berusia 8 minggu jika ikut perkiraan ku, badanku makin menjadi lesu..mabuk yang agak teruk untuk anakanda ke 4 ini. Namun masih diberi kekuatan.insyaAllah minggu depan baru scan tengok baby, makin berdebar pula. Semoga diriku dan suami diberi kekuatan dan kemudahan untuk anak kami ini nanti. Lelaki atau perempuan tak penting, cuma firasat ummi...errr, biarlah rencana Allah itu memang cantik untuk kami. Terima kasih Allah.
Inginku berkongsi pengalaman melahirkan anak pertama hingga ketiga..inipun ingatnya sikit, lupa yang banyak.
Nur Aisyah Fatiha, lahir pada 26 Februari 2006 semasa hujan lebat dengan guruhnya..patutla nangis suara satu bangunan boleh dengar. Hehe. Anak yang comel, pengarang jantung hati ummi dan abi. Mata sangat cantik, bulu mata mirip abinya. Kulit sawa matang..selalu disakat adiknya, kaklong ni, hitam manis..takla hitam sbnrnya...Fatiha lahir setelah beberapa hari aku berkampung di hospital kuala pilah. Langsung tidak sakit apa2, cuma keluar tanda lendir + darah. Lewat seminggu dari tarikh jangkaan bersalin. Masa tu, aku dpt duduk bilik berdua..jika sekarang, entahla ada kosong ke tidak bilik berdua tu lg..lokasi agak jauh dr kaunter nurse. Malam sebelum Fatiha nak deliver, ada kawan yang juga seorang guru tetapi berbangsa cina dari triang. Malam tu dia sakit sangat, anak kedua katanya..kami boleh tolong2 buat air milo panas lagi. Betul juga kata orang, dalam keadaan sakit, kita akan mudah ditolong dan menolong.Kesian pd diri masing2. Anak kami lahir hampir pd masa yang sama, alhamdulillah dapat bersalin normal dengan berat Fatiha 3.25kg. .. Semasa mengandungkan Fatiha, air sirap yang aku paling suka minum..buah pula, aku paling suka jambu madu yg keler merah tu..nyum nyum.hehe. Nikmat terindah bergelar seorang ummi kepada Fatiha, kebetulan tarikh lahir yang sama dengan ayahku..jadi cucu kesayangan atokla. Budak yang baik, mudah dibentuk..kenakalannya membuatku sesekali naik darah, tapi benarlah janji Allah..Banyakkanlah bersabar wahai ummi dan abi Fatiha. Semoga ganjaran pahala sentiasa ada untuk kami dalam mendidik anak-anak
" Ketahuilah bahawa harta dan anak-anakmu menjadi cubaan. Sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar" - Ayat 28: Surah Al-Anfal.
Nanti sambung lagi...cerita tentang Fatini pula.
Tcer Fairos
Monday, July 7, 2014
Monday, May 19, 2014
Fikir sebelum berbicara
.... Tgh fikir lagi apa yang harus dibicarakan di dunia mayaku ini.
Pesanan orang tua-tua, cakap siang pandang- pandang, cakap malam dengar-dengar..
Pernahkah kita terfikir apa juga yang kita bicarakan mungkin boleh mendatangkan pelbagai kesan bagi orang yang berbeza. Contohnya jika kita kata saya suka makan. Mungkin ada orang yang proses terus maksudnya direct yg tukang cakap memang memaksudkan dia suka makan..bagi org tertentu seperti berbadan besar, mungkin menyangka orang tadi hanya memerlinya..dan macam2 lagi tanggapan bergantung kepada individu dan latar belakang mereka.
Jadi, tidak hairanlah jika tiada sesi perbincangan maka satu pihak maksudkan perkara A manakala akan ada pihak- pihak yg menjangka lain dari A... Mungkin B, C, ...Z. Itu bukan di bawah kawalan kita, namun sesi perbincangan yang menjelaskan keadaan dengan mendengar terlebih dahulu pendapat orang lain perlu diadakan supaya yang salah boleh dibetulkan segera...

Monday, May 12, 2014
Perancangan hari ini...
Orang n9 cakap, dok ontok ontok la. Mano buleh ontok an ajo kan..hehehe. Berada di rumah sempena cuti, makanya kena plan nak masak apo hariini. Walaupun dah tahu isi kandungan peti sejuk, tetap jadi rutin setiap pagi buka dan tenung dulu..makanya tercetus idea, nak habiskan susu pekat tu yg dah nak mula keras...buat kek batik, yeeeehaa. Biskut marri kalo takde nnt masuk ajela biskut jacobs, skali geledah tin2 biskut..ade 3 tin, haaaa taraa, mmg ade cukupla tu, guna koko udahler, takyah milo sgtla...
Cuti-cuti juga, kerja? Hari ini perlu siapkan nama AJK VLE frog untuk digerakkan dalam penggal ke2 nnt. Cerita pasal frog ni mmg akan buek den raso nak muntah. Tp minda selalu pesan, buat kerja kerana Allah, semoga Allah akn permudahkan segalanya...kalo pk ikut raso ati den, lantaklah deh..
Memikirkan den ni GPB yang diberi amanah sbg penggerak utama prog berkaitan ICT sekolah, makonyo edenlah yg kono kotok penukul utk memahat..aduh berbasa basi pulak den ha...sabar dan redha..ingat bahawa apa jua yang dilalukan lilla hi taala...

Permulaan.....
Pagi ini adalah permulaan diri ini berada di dalam dunia maya. Senang berbicara tanpa suara..seorang isteri kepada suami tersayang dan penyanyang, ummi kepada 2 puteri dan 1 putera. Puteri ke-5 dari 7 puteri ayah bonda.Telah bergelar cikgu, teacher, ustazah, lau ser selama 11 tahun, masih muda di arena pendidikan dan terlalu banyak lg yang perlu dipelajari. Membina blog untuk berkongsi cerita dan ilmu..diharap boleh menjadi bahan rujukan dan mungkin hanya bahan bacaan ringan semua pembaca. Yang baik cedok sebagai teladan yang buruk buatlah sebagai sempadan..mohon maaf andai ada kesilapan berbicara di alam maya ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)