Pertama sekali, setinggi kesyukuran ku panjatkan padaNya kerana masih diberi peluang untuk merasa lagi kenikmatan mengandung dan semoga Allah permudahkan segalanya sehingga anak ini dewasa kelak.
Trimester Pertama anak ke4
Pada ....Ujian pada mulanya hanya dibuat sendiri dengan membeli pregnancy test di farmasi. Nampak seperti ada petanda baik. Namun hati ini tetap ingin kepastian, ku ajak pula suami ke klinik uia, buat urin test di makmal...setelah beberapa minit menunggu, tergiang2 lagi ucapan tahniah dari staf di makmal dan seterusnya apabila hasilnya dibawa berjumpa doktor, sekali lagi ucapan tahniah di terima, untuk kali ketiganya dari rakan suami yg kebetulan ada di klinik tersebut. Dalam hati berbunga2.. Ya Allah syukur padamu memakbulkan doaku. Semoga engkau permudahkan sesegalanya ya Allah.
Berusia 8 minggu jika ikut perkiraan ku, badanku makin menjadi lesu..mabuk yang agak teruk untuk anakanda ke 4 ini. Namun masih diberi kekuatan.insyaAllah minggu depan baru scan tengok baby, makin berdebar pula. Semoga diriku dan suami diberi kekuatan dan kemudahan untuk anak kami ini nanti. Lelaki atau perempuan tak penting, cuma firasat ummi...errr, biarlah rencana Allah itu memang cantik untuk kami. Terima kasih Allah.
Inginku berkongsi pengalaman melahirkan anak pertama hingga ketiga..inipun ingatnya sikit, lupa yang banyak.
Nur Aisyah Fatiha, lahir pada 26 Februari 2006 semasa hujan lebat dengan guruhnya..patutla nangis suara satu bangunan boleh dengar. Hehe. Anak yang comel, pengarang jantung hati ummi dan abi. Mata sangat cantik, bulu mata mirip abinya. Kulit sawa matang..selalu disakat adiknya, kaklong ni, hitam manis..takla hitam sbnrnya...Fatiha lahir setelah beberapa hari aku berkampung di hospital kuala pilah. Langsung tidak sakit apa2, cuma keluar tanda lendir + darah. Lewat seminggu dari tarikh jangkaan bersalin. Masa tu, aku dpt duduk bilik berdua..jika sekarang, entahla ada kosong ke tidak bilik berdua tu lg..lokasi agak jauh dr kaunter nurse. Malam sebelum Fatiha nak deliver, ada kawan yang juga seorang guru tetapi berbangsa cina dari triang. Malam tu dia sakit sangat, anak kedua katanya..kami boleh tolong2 buat air milo panas lagi. Betul juga kata orang, dalam keadaan sakit, kita akan mudah ditolong dan menolong.Kesian pd diri masing2. Anak kami lahir hampir pd masa yang sama, alhamdulillah dapat bersalin normal dengan berat Fatiha 3.25kg. .. Semasa mengandungkan Fatiha, air sirap yang aku paling suka minum..buah pula, aku paling suka jambu madu yg keler merah tu..nyum nyum.hehe. Nikmat terindah bergelar seorang ummi kepada Fatiha, kebetulan tarikh lahir yang sama dengan ayahku..jadi cucu kesayangan atokla. Budak yang baik, mudah dibentuk..kenakalannya membuatku sesekali naik darah, tapi benarlah janji Allah..Banyakkanlah bersabar wahai ummi dan abi Fatiha. Semoga ganjaran pahala sentiasa ada untuk kami dalam mendidik anak-anak
" Ketahuilah bahawa harta dan anak-anakmu menjadi cubaan. Sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar" - Ayat 28: Surah Al-Anfal.
Nanti sambung lagi...cerita tentang Fatini pula.